Selasa, 15 September 2009

KONSEP-KONSEP SINTAKSIS

AYAT
- Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap (Nik Safiah Karim, 1993:414).
- Diucapkan dengan didahului oleh kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.
URUTAN KATA
- Letak kata yang satu dengan kata yang lain dalam suatu binaan atau konstruksi sintaksis
(Abdul Chear, 1994:213).
FUNGSI SINTAKSIS
- Kedudukan kata dalam binaan sintaksis iaitu frasa dan ayat (Hashim Musa, 1993:148-149).
- Hubungan kata atau kumpulan kata dengan kata atau kumpulan kata yang lain yang terdapat
dalam binaan atau urutan kata atau frasa dalam ayat (Ramli Saleh et al., 1997:93).
SUBJEK
- Tentang apa yang diperkatakan (Zaba, 1965).
- Konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul atau fokus bagi
unsur yang diterangkan (Tatabahasa Dewan, 1993).
- Bahagian yang diceritakan oleh predikat terdiri daripada FN (Asmah Hj Omar).
PREDIKAT
- Bahagian yang menerangkan subjek (Nik Safiah Karim et al., 1993).
- Fikiran yang khusus menyatakan sesuatu tentang subjek (Zaba, 1965).
- Konstituen yang menerangkan subjek terdiri daripada FN, FK, FA dan FSN (Tatabahasa
Dewan, 1993).
OBJEK
- Frasa nama yang berada di belakang predikat yang berupa kata kerja transitif (Ahmad Khair,
2003:15).
- Berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat pasif.
PELENGKAP
- Unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif (Tatabahasa Dewan,
1993:563).
- Terdiri daripada FN, FA dan FSN.
KETERANGAN
- Berfungsi untuk meluaskan atau membatasi makna subjek atau predikat.
FRASA
- Rangkai kata (Zaba, 1965).
- Sekumpulan perkataan (Abdullah Hassan, 2002:233).
- Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu
perkataan atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih (Nik Safiah Karim et al., 1993:416).
FRASA ENDOSENTRIK
- Binaan yang terdiri daripada deretan perkataan yang salah satu daripadanya dianggap yang
paling penting dan tidak boleh digugurkan (Ahmad Khair, 2003:25).
FRASA EKSOSENTRIK
- Binaan yang terdiri daripada dua unsur yang kedua-duanya tidak boleh digugurkan atau
diperkecil binaannya (Ahmad Khair, 2003:26).
CIRI-CIRI FRASA
(a) Berpotensi untuk diperluas.
(b) Dapat disisipi.
(c) Tidak mengandungi subjek dan predikat.
(d) Menjadi unsur kepada klausa atau frasa itu sendiri.
(e) Tidak boleh dipisahkan daripada kesatuannya.
(f) Pengucapannya tidak selesai.
FRASA NAMA
- Perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama
(Nik Safiah Karim et al., 1993:556).
BINAAN FRASA NAMA
(a) Inti + Penerang
(D) (M)
(b) Penerang + Inti
(M) (D)
(c) Inti + Inti
FRASA KERJA
- Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja
(Nik Safiah Karim et al., 1993:365).
JENIS KATA KERJA
(a) Kata Kerja Transitif (KKTr)
-tidak dapat menjadi frasa kerja kerana tidak dapat berdiri sendiri dalam ayat
-memerlukan objek
(b) Kata Kerja Tak Transitif (KKTTr)
-boleh menjadi frasa kerja apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat
-terdapat tiga jenis KKTTr iaitu KKTTr tanpa pelengkap, KKTTr berpelengkap dan KKTTr
berpenerang
PERBEZAAN OBJEK DAN PELENGKAP
OBJEK PELENGKAP
-Wujud dalam bentuk FN. -Wujud dalam bentuk FN, FK, FA, dan FSN
-Menjadi subjek apabila dipasifkan. -Tidak dapat menjadi subjek apabila dipasifkan.
-Berada langsung di belakang KKTr. -Berada langsung di belakang KKTTr dan objek (jika
ada unsur objek).
FRASA ADJEKTIF
- Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi
kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (Nik Safiah Karim et al., 1993:385).
UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF
(a) Kata penguat
1) Hadapan - agak, terlalu, paling, sangat
2) Belakang - benar, sekali, nian
3) Bebas - sangat, amat, sungguh
(b) Kata bantu (KB)
1) KB aspek - sudah, masih, belum
2) KB ragam - harus, mungkin
FRASA SENDI NAMA
- Perkataan utamanya terdiri daripada kata sendi nama dan diikuti oleh frasa yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama (Nik Safiah Karim et al., 1993:556).
BENTUK KATA SENDI NAMA
(a) Kata sendi nama dasar – ke kedai, dari rumah
(b) Kata sendi nama gabungan
(i) Gabungan kata sendi nama dasar – dari + pada = daripada, ke + pada = kepada
(ii) Gabungan kata sendi nama berpasangan – dari rumah ke sekolah, dari dulu hingga kini
(c) Kata sendi nama yang berasal daripada kata lain – menurut, selain, melalui
AYAT DASAR
- Dikenali juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur-unsur utama yang
wajib, tidak mengandungi unsur keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985:166).
- Ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau pada frasa predikat
(Nik Safiah Karim et al., 1993:323).
POLA AYAT DASAR
(a) FN + FN
(b) FN + FK
(c) FN + FA
(d) FN + FSN
CIRI-CIRI AYAT DASAR
(a) Mengandungi satu klausa.
(b) Berpola Subjek-Predikat (susunan biasa).
(c) Ayat penyata.
(d) Ayat aktif.
(e) Berpotensi untuk diperluas.
(f) Tidak mengandungi kata hubung.
AYAT TUNGGAL
- Ayat yang mengandungi satu klausa.
- Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat.
- Mengandungi unsur wajib (subjek, predikat, objek dan pelengkap) atau boleh mengandungi
unsur pilihan (keterangan, kata pemeri dan kata nafi).
KLAUSA
- Unit di frasa dan di bawah ayat (Asmah Hj Omar, 1982:314).
- Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan menjadi konstituen
kepada ayat (Tatabahasa Dewan, 1993:415).
JENIS KLAUSA
(a) Klausa bebas
- boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna (Tatabahasa Dewan, 1993:415)
(b) Klausa tak bebas
- klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan klausa lain untuk melengkapkannya
CIRI-CIRI KLAUSA
(a) Belum memiliki intonasi atau tanda baca tertentu.
(b) Merupakan unsur pembentuk ayat.
(c) Mengandungi predikat.
(d) Menjadi konstituen frasa dalam ayat majmuk.
SUSUNAN BIASA
- Unsur subjek mendahului predikat (S+P).
SUSUNAN SONGSANG
- Unsur predikat mendahului subjek (P+S) dan dikenali sebagai ayat terbalik.
- Digunakan untuk penegasan atau penekanan sesuatu ayat.
AYAT AKTIF
- Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang
diterangkan (Nik Safiah Karim et al., 1993:462).
JENIS AYAT AKTIF
(a) Ayat aktif transitif
-ayat yang mengandungi kata kerja transitif (Arbak Othman, 1981).
(b) Ayat aktif tak transitif
-ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif (Nik Safiah Karim et al., 1993:465).
AYAT PASIF
- Ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja berawalan
me- dan menggantikannnya dengan salah satu awalan atau imbuhan pasif iaitu di-, ter-, ber-,
ke-…-an atau perkataan kena sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif (Arbak
Othman, (1981:246).
AYAT PENYATA
- Ayat yang menyatakan sesuatu.
- Dikenali sebagai ayat berita atau ayat pertanyaan.
AYAT TANYA
- Ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau memperoleh jawapan.
- Terdiri daripada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.
AYAT PERINTAH
- Digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan, keinginan, harapan atau larangan.
- Terdiri daripada ayat suruhan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat larangan dan ayat permintaan.
AYAT SERUAN
- Ayat yang mengandungi tanda seruan (!) pada akhir ayat seperi cis, aduhai, eh, amboi, aduh,
nah, wah, dan sebagainya.
AYAT JENIS LAIN
(a) Ayat positif atau ayat isbat
-ayat yang mengungkapkan sesuatu maklumat dalam bentuk positif
(b) Ayat nafi
-ayat yang berfungsi untuk menyangkal atau mengingkari sesuatu
(c) Ayat minimal
-ayat yang tidak terbatas, dengan menggunakan ayat yang lengkap atau ayat tidak lengkap
(d) Ayat penegas
-menegaskan predikat sesuatu ayat dengan kata ada, adalah dan ialah (Asraf, 1996:116).
AYAT MAJMUK
- Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal (Nik Safiah Karim et al., 1993:552).
- Ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling berhubungan.
AYAT MAJMUK GABUNGAN
- Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang digabungkan menjadi satu ayat.
AYAT MAJMUK PANCANGAN
- Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil
yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat induk atau ayat utama (Nik Safiah
Karim et al., 1993:552).
JENIS AYAT MAJMUK PANCANGAN
(a) AMP Relatif - yang
(b) AMP Komplemen - bahawa, untuk
(c) AMP Keterangan
AYAT MAJMUK CAMPURAN
- Ayat yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan