Isnin, 5 Oktober 2009

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA

1) Pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa
-Pengajaran kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
-Menurut Arbak Othman (1985: 15-16) pengajaran bahasa merupakan
cara-
cara guru menyampaikan maklumat kepada pelajarnya tentang sesuatu
bahasa digunakan.
-Dalam pengajaran kemahiran bahasa, terdapat juga unsur penilaian.

a) Kemahiran mendengar
-Keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti soal jawab,
perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual.
b) Kemahiran bertutur
-Keupayaan murid menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta
idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang
betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan
yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
c) Kemahiran membaca
- Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara
kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.
d) Kemahiran menulis
- Keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta
tulisan yang jelas.

2) Penggunaan kemahiran bahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
-Kemahiran bahasa digunakan dalam tiga bidang, iaitu bidang

interpersonal,maklumat dan estetik.

a) Bidang Interpersonal
- Hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid ialah

berinteraksi,memberi pendapat, berunding, dan membuat pertimbangan.
Oleh itu salah satu aktiviti yang boleh digunakan dalam bidang ini seperti
mengadakan satu sesi perbualan antara pelajar semasa menziarahi rakan
yang sakit.
- Bidang interpersonal lebih kepada kemahiran mendengar dan

bertutur.Namun, kemahiran membaca dan menulis perlu diterapkan
seperi aktiviti menulis dan membaca surat untuk tujuan sosial.
b) Bidang Maklumat
- Berfokus kepada cara untuk mendapat dan menyampaikan

maklumat.Maklumat boleh didapati melalui aktiviti
mendengar,berbual,membaca,dan mengakses daripada multimedia.
- Cara yang boleh digunakan oleh guru semasa di dalam kelas ialah guru

menyediakan teknik temu ramah dan menggunakan temu ramah di luar
sekolah seperti menemu ramah warga tua di rumah orang tua.
- Bidang maklumat menekankan topik ilmu.

c) Bidang Estetik
- Berfokus kepada penguasaan aspek kebahasaan,keindahan,dan kehalusan
bahasa serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
- Cara menggunakan kemahiran bahasa dalam bidang ini ialah menyuruh

pelajar mengeluarkan idea-idea utama dan menarik dalam
karya.Galakkan pelajar menyebut semula bahagian yang menarik dalam
karya.
- Bidang estetik lebih bertumpu pada topik imaginatif.


1 ulasan:

  1. BetRivers Casino and Resort - Missouri Business Directory
    BetRivers Casino and Resort is the perfect 포천 출장마사지 place 김천 출장안마 to 양주 출장안마 start your next business. Enjoy your 익산 출장마사지 next business getaway when you make your first 대구광역 출장마사지 deposit!

    BalasPadam